Tuesday, October 12, 2010

Kerja Tapak (Survey @ Bancian) di Tmn Perling...

Assalamualaikum...terlebih dahulu, ingin diri ini menyusun ribuan kemaafan walaupun hari raya aidilfitri telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Menyepi selama lebih kurang sebulan bukanlah berniat melupakan blog sendiri, tapi tiada kesempatan untuk mengemaskini blog ini dengan entry2 baru.

Berbalik kepada tajuk asal entry kali ini, ingin saya sampaikan disini yang kami pelajar elektif rural telah mengadakan satu bancian bagi mendapatkan profil penduduk di kawasan perumahan flat kos rendah di jalan Camar 12 dan Camar 13. Antara objektif lain yang dikehendaki adalah bagi mendapatkan pandangan penduduk akan masalah dan ciri-ciri yang terdapat dalam pembangunan semart growth dan new urbanism.

Tarikh 5hb Oktober dipilih atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. berkumpul di perkarangan Masjid Jamek Taman Perling untuk mendengar beberapa brief dari Dr Anuar dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid, kami memulakan bancian kira-kira jam 10 pagi.

Seramai 12 orang pelajar elektif dibhagikan kepada 6 kumpulan kecil bagi mempercepatkan kerja disamping mengambilkira aspek keselamatan pelajar terlibat. terdapat beberapa halangan yang terpksa ditempuh. Antaranya keadaan kawasan kajian yang berada dalam kondisi kurang menyenangkan dari aspek kebersihan dan bau, kerjasama dari penduduk tempatan yang kurang mesra, kajian dilakukan pada hari bekerja dan beberapa aspek lain.

Penemuan yang boleh dirungkaikan disini adalah kebanyakan penduduk yang menetap di kawasan perumahan kos rendah merupakan golongan yang berpendapatan rendah yang kebanyaknya adalah dalam status menyewa. Ada antara mereka yang kurang mesra serta sukar memberikan kerjasama walaupun kajian adalah untuk mendapatkan profil kawasan mereka yang boleh memudahkan kerja-kerja perancangan kawasan kediaman mereka.

Kesimpulannya, keadaan kawasan perumahan kos rendah kebanyakkannya kurang mendapat perkhidmatan dan penyelenggaraan terutamanya dari aspek kebersihan. Akan tetapi, ia bergantung kepada usaha penduduk tempatan sendiri bagi mencantikkan kawasan tempat tinggal mereka. Perkhidmatan dan akses kepada pengangkutan awam yang jauh menyukarkan lagi kehidupan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

7 comments:

  1. Ada perbezaan antara responden yang tinggal di bandar dan luar bandar, antara bangsa yang berbeza, antara economic group dsbnya. Banyak kaedah lain mendapatkan maklumat boleh dilakukan. Banyakkan melakukan pengamatan. Well done..

    ReplyDelete
  2. tahniah atas kepimpinan utk handle kumpulan survey kita kali ni apai..n tq sudi ambik kitaorg time rehat n bawak ke masjid...kereta merah ko mmg byk berjasa..hihihi

    ReplyDelete
  3. sekarang responden di bandar mahupun luar bandar sgt susah untuk mmberikan kerjasama jika trdptnya bancian sebegini.mungkin mereka beranggapan kita adalah dari pihak kerajaan ataupun pemaju yang akan mlakukan pmbngunan baru di situ.oleh itu,mreka sgt sukar utk mmberikan mklumat ..

    ReplyDelete
  4. seronok pd ari tu....mmg dikawasan itu aspek kesihatan amat berat sekali...tidak tshulh mcm mane komuniti disitu dapat mjalani hari2 mereka dalam keadaan yg kurang bersih dan tinggal dlm keadaan yg agak padat itu...pihak berwajib seharusnya memberikan perhatian yg lebih terhadap mereka yg tinggal di kawasan kos perumahan kos rendah itu.

    ReplyDelete
  5. tq kat en apai,..ko tumpangkan kitorang waktu panas2 ari tu,..uih..nak kate penyelamat dari cuace panas tak jugak,..nak kate tak pon bukan jugak,..anyway kite mesti tlg menolong n semangat ni yang membantu survey kite ari tu.

    ReplyDelete
  6. sy pon nk mtk maaf gak sb x bg wet minyak pas tumpang kete kamu apai...hihihi...mm sy pun bersetuju dgn pndgan kamu iaitu kebersihan di kawasan perumahan tersebut kurang diambil berat namun begitu masalah ini boleh diatasi sendri oleh keprihatinan penduduk tersebut dan tidak perlu mneyalahkan org lain.

    ReplyDelete
  7. apa yang dapat dilihat, kawasan perumahan tersebut mempunyai tahap kebersihan yang kurang memuaskan.aspek kebersihan sepatutnya dipandang serius oleh masyarakat di kawasan tersebut dan pihak terlibat dalam meningkatkan kualiti hidup. oleh itu, kesedaran semua pihak adalah penting. *terima kasih kerana menumpangkan kami*

    ReplyDelete