Showing posts with label Rural Elective. Show all posts
Showing posts with label Rural Elective. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Kerja Tapak (Survey @ Bancian) di Tmn Perling...

Assalamualaikum...terlebih dahulu, ingin diri ini menyusun ribuan kemaafan walaupun hari raya aidilfitri telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Menyepi selama lebih kurang sebulan bukanlah berniat melupakan blog sendiri, tapi tiada kesempatan untuk mengemaskini blog ini dengan entry2 baru.

Berbalik kepada tajuk asal entry kali ini, ingin saya sampaikan disini yang kami pelajar elektif rural telah mengadakan satu bancian bagi mendapatkan profil penduduk di kawasan perumahan flat kos rendah di jalan Camar 12 dan Camar 13. Antara objektif lain yang dikehendaki adalah bagi mendapatkan pandangan penduduk akan masalah dan ciri-ciri yang terdapat dalam pembangunan semart growth dan new urbanism.

Tarikh 5hb Oktober dipilih atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. berkumpul di perkarangan Masjid Jamek Taman Perling untuk mendengar beberapa brief dari Dr Anuar dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid, kami memulakan bancian kira-kira jam 10 pagi.

Seramai 12 orang pelajar elektif dibhagikan kepada 6 kumpulan kecil bagi mempercepatkan kerja disamping mengambilkira aspek keselamatan pelajar terlibat. terdapat beberapa halangan yang terpksa ditempuh. Antaranya keadaan kawasan kajian yang berada dalam kondisi kurang menyenangkan dari aspek kebersihan dan bau, kerjasama dari penduduk tempatan yang kurang mesra, kajian dilakukan pada hari bekerja dan beberapa aspek lain.

Penemuan yang boleh dirungkaikan disini adalah kebanyakan penduduk yang menetap di kawasan perumahan kos rendah merupakan golongan yang berpendapatan rendah yang kebanyaknya adalah dalam status menyewa. Ada antara mereka yang kurang mesra serta sukar memberikan kerjasama walaupun kajian adalah untuk mendapatkan profil kawasan mereka yang boleh memudahkan kerja-kerja perancangan kawasan kediaman mereka.

Kesimpulannya, keadaan kawasan perumahan kos rendah kebanyakkannya kurang mendapat perkhidmatan dan penyelenggaraan terutamanya dari aspek kebersihan. Akan tetapi, ia bergantung kepada usaha penduduk tempatan sendiri bagi mencantikkan kawasan tempat tinggal mereka. Perkhidmatan dan akses kepada pengangkutan awam yang jauh menyukarkan lagi kehidupan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Friday, August 27, 2010

Pembangunan Pinggir Bandar Di Malaysia..Suatu Masalah???

    Apabila berkata tentang pembangunan pinggir bandar di Malaysia, kita seringkali mengatakan terdapat pelbagai kelemahan dalam perlaksanaannya. Mungkin dengan pembangunan yang tiada perancangan dan secara 'membabi buta' merupakan salah satu punca masalah ini berlaku. Bagaimana kita sebagai manusia yang diamanahkan dengan tanggung jawab sebagai penjaga alam???
    Setiap aspek perancangan yang akan diambil perlulah memerlukan penelitian yang mendalam bagi memudahkan dan membuatkan kita tidak menyesal dengan apa yang bakal terjadi pada masa depan kelak. Pembangunan pinggir bandar menyebabkan kawasan pinggir bandar mengalami pelbagai impak yang kemudiannya menyebabkan masalah fizikal dan sosial kepada penduduk kawasan berkenaan. 


     
     Melihat sahaja gambar diatas, sudah cukup untuk menunjukkan bangaimana jauh ketinggalan kawasan pinggir bandar dengan kawasan bandar yang hanya bersebelahan dengan kawasan berkenaan. 

Sunday, August 15, 2010

Metropolitan Pinggir Bandar...Masalah Dan Isu...Bukti Dan Pemerhatian...

Sepanjang bergelar mahasiswa Perancang Bandar Dan Wilayah, terdapat beberapa yang perlu saya fikirkan terutamanya tentang isu-isu semasa perancangan di Malaysia. Isu-isu tersebut amat penting dan memerlukan perhatian yang sepenuhnya. Ia sebagai persediaan kepada saya sebagai bakal perancang bandar di Malaysia.

Masalah yang penting untuk diambil berat adalah tentang masalah pembangunan pinggir bandar yang kian melampaui batas-batas kawasan bandar. Semasa lawatan tapak ke kampung-kampung  sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar, terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan sebagai bukti tekanan pembangunan yang melampau terhadap kawasan pinggir bandar tersebut atau lebih spesifik lagi kawasan kampong berpendudukan majoriti orang Melayu. Antara penduduk kampong yang ditemui rata-rata menyuarakan pendapat yang hampir sama kepada kami tentang masalah yang mereka hadapi.

Dari kawasan kampung Melayu Lima Kedai, kami mendapati kawasan sekitar sedang giat dibangunkan. Akan tetapi, kawasan kampung yang jaraknya kurang dari 1 kilometer seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kesan dari pembangunan sekitar tersebut. Tetapi, ada kemungkinan kawasan kampung tersebut akan hilang dalam tempoh 10 @ 20 tahun lagi jika tiada tindakan untuk memelihara kawasan kampung tersebut. Akan wujudkah lagi kampung-kampung sebegini di kawasan Johor Bahru atau lebih spesifik lagi dalam koridor Wilayah Pembangunan Iskandar ini?? Justeru itu, penilaian dan penyelesaian perlulah dilakukan dengan sebaiknya dan dengan kadar yang segera.


  












Gambargambar diatas merupakan gambar yang diambil disekitar kawasan Kampung Melayu Lima Kedai dan Pekan Gelang Patah. 

Selain Kampung Melayu Lima Kedai, kawasan Gelang Patah juga menerima impak yang hampir serupa. Kawasan yang dahulunya hanya pekan kecil menjadi terlalu padat dan sesak terutamanya pada waktu puncak. Ini akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya penduduk sekitar kawasan berkenaan. Kawasan yang dahulunya mencatatkan jumlah kemalangan yang rendah akan meningkat serta berlakunya penghijrahan penduduk dari kawasan berkenaan ke kawasan lain. Nilai harga tanah kawasan berkenaan juga akan meningkat dan menjauhkan lagi jurang pendapatan dan taraf hidup masyarakat kawasan tersebut dengan kawasan tersebut yang kebanyakannya terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah.

Selain itu, dari penilaian sendiri dan temubual dengan penduduk tempatan, kawasan kampung yang dahulunya mempunyai semangat kejiranan yang tinggi kini semakin lenyap. Ini akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni dikalangan penduduk kampung berkenaan.

Disini, dapatlah dilihat bahawa pembangunan pinggir bandar yang tidak terkawal akan memungkinkan berlakunya masalah-masalah tersebut. Akan tetapi, yang tersebut diatas adalah dari aspek kesan negatif dimana tidak semua pembangunan memberi impak negatif. 

Thursday, August 5, 2010

Urban Sprawl

Fenomena Rebakan Bandar merupakan salah satu daripada beberapa isu yang terdapat dalam aspek perancangan dan pembangunan bandar. Seperti yag kita sedia maklum, walaupun aspek perancangan di ambil berat, masalah rebakan bandar tidak terkawal ini tetap berlaku. 

Antara usaha yang telah diperkenalkan bagi mengurangkan masalah rebakan bandar adalah smart growth. smart growth akan dikupas dalam entry akan datang.




Rebakan Bandar juga merujuk kepada perancangan yang tidak teratur yang memusnahkan kawasan hijau disekeliling bandar. Selain itu, pertumbuhan populasi juga merupakan sebab yang memungkinkan fenomena rebakan bandar ini berlaku. 

Friday, July 23, 2010

New Urbanism - Connectivity

                Dalam sesuatu perancangan bandar baru atau pusat petempatan, accesibility atau kemudahsampaian untuk ke kawasan berkenaan adalah amat perlu. hal ini kerana, sesuatu pembangunan bukan berkisar tentang bangunan sahaja, tetapi ia amat berkait rapat dengan pengunjung atau orang yang menghuni ataupun yang mempunyai tujuan untuk ke kawasan berkenaan. 

                  Di Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa telah menetapkan suatu garis panduan yang perlu diikuti oleh setiap pemaju bagi menambah keselesaan bagi pihak pengguna atau penduduk sekitar. terdapat beberapa gambar dimana menunjukkan jika aspek2 perancangan dipandang ringan.

 keadaan lalulintas yang amat menyedihkan...


Keadaan Kesesakan Trafik yang menimbulkan stress...


 Mod pengangkutan yang lain...

Jadi, dalam new urbanism concept, kita dapat lihat yang keadaan lebih baik menerusi pembentukan haerarki bagi setiap jalan yang boleh mengurangkan kesesakkan lalu lintas. oleh itu, menerusi peningkatan dalam pengurusan untuk accesibility, maka, keadaan lalu lintas sepatutnya menjadi lebih baik. 

Monday, July 19, 2010

Urban-Rural Fringe



Urban-rural fringe merupakan suatu kawasan yang bersempadanan dengan kawasan bandar dan kawasan perkampungan(desa). Kita dapat membezakan sesuatu kawasan itu merupakan kawasan Urban-rural fringe. Terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh membezakan antara kawasan tersebut dengan kawasan Bandar dan kawasan desa(rural).
                Kawasan tersebut juaga merupakan kawasan yang duhulunya sebuah perkampungan yang berubah seiring dengan perjalanan masa, teknologi dan kemajuan penduduk tempatan mahupun orang luar yang bertandang ke kawasan tersebut. Antara perubahan tersebut adalah kemajuan jaringan perhubungan jalanraya, jaringan telekomunikasi, kawasan perumahan terancang dan sebagainya.
                Bagi memastikan sesuatu pembangunan atau bidang pekerjaan dibandar Berjaya atau mendapat tarikan, sektor perumahan memainkan peranan penting dalam membantu bidang tersebut. Kebanyakan perumahan baharu dibina di luar kawasan pusat Bandar dimana pembinaannya mengambil kira kawasan yang lebih luas di kawasan selain Bandar dan bagi mengurangkan kepadatan pembangunan di Bandar. Oleh itu, pembangunan perumahan tersebut secara automatik menjadikan kawasan berkenaan yang dahulunya kawasan kampong berubah menjadi kawasan Bandar baru atau pinggir Bandar. Bagi pemahaman yang lebih mudah, rural-urban fringe ini merupakan kawasan kampong moden yang mempunyai kedua-dua ciri kawasan urban dan rural.
                Akan tetapi, pertembungan ini telah menyebabkan masalah atau konflik berlaku di kawasan yang terlibat terutamanya masalah social. Ini dapat dilihat masyarakat kampong terlalu menerima pengaruh luar seperti gaya hidup bebas dan tahap social yang tinggi.