Monday, July 19, 2010

Urban-Rural Fringe



Urban-rural fringe merupakan suatu kawasan yang bersempadanan dengan kawasan bandar dan kawasan perkampungan(desa). Kita dapat membezakan sesuatu kawasan itu merupakan kawasan Urban-rural fringe. Terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh membezakan antara kawasan tersebut dengan kawasan Bandar dan kawasan desa(rural).
                Kawasan tersebut juaga merupakan kawasan yang duhulunya sebuah perkampungan yang berubah seiring dengan perjalanan masa, teknologi dan kemajuan penduduk tempatan mahupun orang luar yang bertandang ke kawasan tersebut. Antara perubahan tersebut adalah kemajuan jaringan perhubungan jalanraya, jaringan telekomunikasi, kawasan perumahan terancang dan sebagainya.
                Bagi memastikan sesuatu pembangunan atau bidang pekerjaan dibandar Berjaya atau mendapat tarikan, sektor perumahan memainkan peranan penting dalam membantu bidang tersebut. Kebanyakan perumahan baharu dibina di luar kawasan pusat Bandar dimana pembinaannya mengambil kira kawasan yang lebih luas di kawasan selain Bandar dan bagi mengurangkan kepadatan pembangunan di Bandar. Oleh itu, pembangunan perumahan tersebut secara automatik menjadikan kawasan berkenaan yang dahulunya kawasan kampong berubah menjadi kawasan Bandar baru atau pinggir Bandar. Bagi pemahaman yang lebih mudah, rural-urban fringe ini merupakan kawasan kampong moden yang mempunyai kedua-dua ciri kawasan urban dan rural.
                Akan tetapi, pertembungan ini telah menyebabkan masalah atau konflik berlaku di kawasan yang terlibat terutamanya masalah social. Ini dapat dilihat masyarakat kampong terlalu menerima pengaruh luar seperti gaya hidup bebas dan tahap social yang tinggi.

7 comments:

  1. banyak juga penerangan dari encik apai ni,..ha, penerangan ni mudah untuk orang paham dan saya nak tambah pendapat pasal pembangunan kat kampung tu. memang setuju banyak masalah sosial terutamanya budak-budak kampung yang terkenal dengan kekuatan budaya sopan melayu pun jadi terikut-ikut dengan pengaruh luar akibat pembangunan terdekat yang dilakukan kat tempat dorang.

    ReplyDelete
  2. Suatu pandangan yang agak baik. Pertembungan budaya yang berbeza mengakibatkan percampuran antara satu sama lain seterusnya sikap mudah terikut-ikut itu menjadi fenomena masa kini...

    ReplyDelete
  3. sikap terikut-ikut sudah menjadi amalan biasa bagi penduduk terutama anak-anak muda yang mula terpengaruh dek pembangunan yang dijalankan terutama apabila mereka baru menemui kemajuan.hal ini akan menimbulkan massalah sosial dan pertembungan budaya.

    ReplyDelete
  4. Memang betul tu, bagi mengurangkan kepadatan di bandar, banyak kawasan perumahan baru dibangunkan di kawasan pinggir bandar. Dengan ia telah melenyapkan suasana kampung.

    ReplyDelete
  5. Skim perumahan yang dibina oleh para pemaju dengan mengambil tanah kawasan pinggir bandar mengencam kehidupan dan keselesaan penduduk setempat..pemaju membeli tanah dengan harga yang murah dan menjual perumahan tersebut dengan harga yang tinggi dan menyebabkan penduduk pinggir bandar tidak mampu membelinya..jadi nasib mereka menjadi perjudian pihak2 tertentu sahaja dengan perlu menghadapi budaya dan masalah sosial yang serius dari masa ke masa..sama2 fikirkan..

    ReplyDelete
  6. Memang betul...pemaju sekarang kebanyakan lebih mementingkan keuntungan mereka jer tanpa pikir keadaan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan pembangunan ...Padahal ia melibatkan saudara sesama mereka dan juga bakal anak cicit mereka.Renung2-renungkanlah...

    ReplyDelete
  7. pada saya,pembinaan perumahan di kawsan pinggir bandar di sebabkan bandar tidak mampu menerima pembangunan lagi.Ini kerana kawasan bandar yang terlalu padat sehingga tiada ruang untuk menjalankan aktiviti pembangunan.Hal ini,menyebabkan kawasan pinggir bandar mengalami masalah "urban sprawl" yang mendatang kesan positif dan negatif terhadap pembangunan yang ingin dijalankan.Hal ini,menyebabkan ketidakseimbangan kemajuan antara bandar dan pinggir bandar berlaku.

    ReplyDelete