Friday, July 23, 2010

New Urbanism - Connectivity

                Dalam sesuatu perancangan bandar baru atau pusat petempatan, accesibility atau kemudahsampaian untuk ke kawasan berkenaan adalah amat perlu. hal ini kerana, sesuatu pembangunan bukan berkisar tentang bangunan sahaja, tetapi ia amat berkait rapat dengan pengunjung atau orang yang menghuni ataupun yang mempunyai tujuan untuk ke kawasan berkenaan. 

                  Di Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa telah menetapkan suatu garis panduan yang perlu diikuti oleh setiap pemaju bagi menambah keselesaan bagi pihak pengguna atau penduduk sekitar. terdapat beberapa gambar dimana menunjukkan jika aspek2 perancangan dipandang ringan.

 keadaan lalulintas yang amat menyedihkan...


Keadaan Kesesakan Trafik yang menimbulkan stress...


 Mod pengangkutan yang lain...

Jadi, dalam new urbanism concept, kita dapat lihat yang keadaan lebih baik menerusi pembentukan haerarki bagi setiap jalan yang boleh mengurangkan kesesakkan lalu lintas. oleh itu, menerusi peningkatan dalam pengurusan untuk accesibility, maka, keadaan lalu lintas sepatutnya menjadi lebih baik. 

10 comments:

  1. salam,en apai.lz follow blog ni..yg lme xdpt buka..

    bnar apa yg dikatakan oleh saudara,komponen aksesibiliti merupakan prinsip penting yg perlu ada bagi mewujudkan sesebuah bndr itu..jika prinsip ini tidak diguna pkai dlm merancang susunatur bandar maka jelas kita dapat melihat sistem trafik yg sgt teruk seperti gmbr di atas..ini menunjukkan keadaan sesebuah bandar itu yg amat mundur dari segi kemudahsampaian dan jauh sekali untuk mncapai new-urbanism..

    ReplyDelete
  2. Bagus, kesedaran kepada eksessibiliti amat penting. Tapi takkan semua kawasan kena guna kereta atau kenderaan persendirian. Utamakan juga jalan kaki, berbasikal atau mode yang lain - mengikut kesesuaian...well done.

    ReplyDelete
  3. saya setuju doktor. mereka yang menggunakan kereta sepatutnya mengamalkan konsep car-pooling bagi mengurangkan kesesakan lalulintas,

    ReplyDelete
  4. tenme kasih tuan haji fairuz,,mengetengahkan isu-isu yang menjadi konflik utama pada negara-negara membangun dan sedang membangun,perkembangan sekarang perlu diubah kepada sistem lalulintas berpandukan pengangkutan awam,perbanyakkan pejalan kaki dan kurangkan parking-parking di bandar.

    ReplyDelete
  5. mohd apai..aspek kemudahsampaian memang penting.bagi saya,sesuatu tempat boleh maju dan membangun kalau ada jaringan pengangkutan yang baik.contohnya di kuala lumpur. kawasan bandar ioni menjadi semakin membangun dengan adanya jaringan pengangkutan seperti lrt, komuter dan monorel

    ReplyDelete
  6. jaringan pengangkutan adalah penting untuk mewujudkan kemudahsampaian di sesuatu tempat contohnya di kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat. penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam adalah satu alternatif yang terbaik bagi menuju ke destinasi sekali gus dapat mengelakkan atau mengurangkan kesesakan lalulintas daripada berkenderaan sendiri.

    ReplyDelete
  7. salam apai...chat?hehe..
    da lame da isu ni jadi isu panas dalm ngara2 mbngun...rancang2 pembangunan sampai xnmpak ape...nk lalu pn susah..marah ni....parking pun xde..jika pembngunan itu dirancang dgn baik, mesti impaknye baik dari semua aspek..baik dari connectivity mahupun accessbility...ni sampai mnyusahkan pengguna jalan raya dan panghuni bandar itu yg berdepan dgn masalah sama hmpir saban tahun.....nmun masalah ini tidak jga tiada selesainya...mana perlaksanaanya? jwb2..

    ReplyDelete
  8. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya aspek kemudahsampaian tidak dirancang dengan betul. Kehidupan manusia juga menjadi huru hara kerana sukar atau mengambil masa yang lama untuk tiba di destinasi yang ingin dituju.Jadi penekanan prinsip ini amat penting dalam sesebuah pembangunan baru.

    ReplyDelete
  9. pada saya connectivity penting dalam setiap perancangan pembangunan.tanpa perancangan yang teliti tentang kemudahsampaian menyebabkan banyak masalah timbul seperti kesesakan lalu lintas.Kemudahsampai mempunyai skop yang meluas bukan hanya tertumpu dijalan raya sahaja.

    ReplyDelete
  10. mentaliti rakyat malaysia yang masih ditakuk yang lama yang mana masih kurang kesedaran untuk menggunakan pelbagai alternatif lain dlm mangatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin serius..tak standart klu eprgi keje tanpa bawa kenderaan sendiri n rasa kurang bergaya..tp realitinya apabila terlalu banyak kenderaan bermotor dijalan raya akan menyebabkan pencemaran dan menyebabkan kualiti hidup menurun..ini yang oerlu dipandang serius..sama2 fikirkan

    ReplyDelete