Sunday, August 15, 2010

Metropolitan Pinggir Bandar...Masalah Dan Isu...Bukti Dan Pemerhatian...

Sepanjang bergelar mahasiswa Perancang Bandar Dan Wilayah, terdapat beberapa yang perlu saya fikirkan terutamanya tentang isu-isu semasa perancangan di Malaysia. Isu-isu tersebut amat penting dan memerlukan perhatian yang sepenuhnya. Ia sebagai persediaan kepada saya sebagai bakal perancang bandar di Malaysia.

Masalah yang penting untuk diambil berat adalah tentang masalah pembangunan pinggir bandar yang kian melampaui batas-batas kawasan bandar. Semasa lawatan tapak ke kampung-kampung  sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar, terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan sebagai bukti tekanan pembangunan yang melampau terhadap kawasan pinggir bandar tersebut atau lebih spesifik lagi kawasan kampong berpendudukan majoriti orang Melayu. Antara penduduk kampong yang ditemui rata-rata menyuarakan pendapat yang hampir sama kepada kami tentang masalah yang mereka hadapi.

Dari kawasan kampung Melayu Lima Kedai, kami mendapati kawasan sekitar sedang giat dibangunkan. Akan tetapi, kawasan kampung yang jaraknya kurang dari 1 kilometer seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kesan dari pembangunan sekitar tersebut. Tetapi, ada kemungkinan kawasan kampung tersebut akan hilang dalam tempoh 10 @ 20 tahun lagi jika tiada tindakan untuk memelihara kawasan kampung tersebut. Akan wujudkah lagi kampung-kampung sebegini di kawasan Johor Bahru atau lebih spesifik lagi dalam koridor Wilayah Pembangunan Iskandar ini?? Justeru itu, penilaian dan penyelesaian perlulah dilakukan dengan sebaiknya dan dengan kadar yang segera.


  












Gambargambar diatas merupakan gambar yang diambil disekitar kawasan Kampung Melayu Lima Kedai dan Pekan Gelang Patah. 

Selain Kampung Melayu Lima Kedai, kawasan Gelang Patah juga menerima impak yang hampir serupa. Kawasan yang dahulunya hanya pekan kecil menjadi terlalu padat dan sesak terutamanya pada waktu puncak. Ini akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya penduduk sekitar kawasan berkenaan. Kawasan yang dahulunya mencatatkan jumlah kemalangan yang rendah akan meningkat serta berlakunya penghijrahan penduduk dari kawasan berkenaan ke kawasan lain. Nilai harga tanah kawasan berkenaan juga akan meningkat dan menjauhkan lagi jurang pendapatan dan taraf hidup masyarakat kawasan tersebut dengan kawasan tersebut yang kebanyakannya terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah.

Selain itu, dari penilaian sendiri dan temubual dengan penduduk tempatan, kawasan kampung yang dahulunya mempunyai semangat kejiranan yang tinggi kini semakin lenyap. Ini akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni dikalangan penduduk kampung berkenaan.

Disini, dapatlah dilihat bahawa pembangunan pinggir bandar yang tidak terkawal akan memungkinkan berlakunya masalah-masalah tersebut. Akan tetapi, yang tersebut diatas adalah dari aspek kesan negatif dimana tidak semua pembangunan memberi impak negatif. 

12 comments:

  1. Setuju...Satu pandangan yang menyeluruh ke atas isu ini amat diperlukan. Ada juga petempatan berbentuk kampung mendapat munafaat dari limpahan perbandaran, tetapi lebih banyak tergugat kepada perubahan. Ini kerana perkembangan bandar semasa, tidak dirancang secara 'decentralization'(the process of taking power from a central authority or state government and giving it to smaller and more local regions). Perancang perlu peka kepada hak dan keperluan penduduk tempatan. Mereka perlukan pembelaan.

    ReplyDelete
  2. well done en apai,nie menunjukkan anda peka terhadap perubahan fizikal kg yg dinamik akbat arus pemabngunan yg berterusan khususnya.bgos teruskan majukan kg semerak plk,k

    ReplyDelete
  3. Dr..kebanyakkan pihak yang berada di kedudukan tinggi telah mengabaikan kepantingan penduduk tempatan dan lebih mengejar untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.
    tuan Shahrul..kg semerah tetap dalam hati...ia akan tetap dipelihara disamping akan terdapat pembangunan yang boleh membantu penduduk tempatan tetapi tidak mengabaikan warisan,tradisi dan sentimental value kampung Semerah...

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan saudara Apai,pada saya bukan mudah untuk mengekalkan sesebuah kawasan Kg Melayu Lima Kedai yang di tengah-tengah kerancakan aktiviti pembangunan.Sebagai seorang perancang bandar perlulah memikirkan cara-cara untuk mengatasinya dengan lebih menyeluruh dan praktikal.

    ReplyDelete
  5. kampung-kampung tradisi seharusnya dikekalkan dan tidak boleh dibiarkan lenyap begitu sahaja kerana ianya amat bermakna kepada masyarakat luar bandar dan dijadikan sebagai monumen penting peninggalan turun temurun. Namun dengan fenomena yang berlaku sekarang, ianya memerlukan satu tindakan yang wajar bagi mengurangkan dan menimumkan kesan kepada semua pihak dengan menyeluruh dan sistematik.

    ReplyDelete
  6. setuju...kg2 melayu perlu dikekalkan..perancang2 bandar perlu peka dgn isu yg sering diperdebatkan..

    ReplyDelete
  7. sedihnya kalau kg2 sendiri yang dulunya sgt2 mementingkan semangat kejiranan kini semkin pupus..jika di kwsan bandar lgilah..sebab itu,dlam perancangan harus menitik beratkan tentang aspek komuniti ..

    ReplyDelete
  8. Semangat kejiranan yang semakin luntur dalam kehidupan masyarakat kg.telah memburukkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  9. perkampungan yang telah lama wujud seharusnya dikekalkan imejnya kerana ianya mampu menjadi suatu warisan.

    ReplyDelete
  10. bukti yg jelas utk memperlihatkan semangat kejiranan luntur dikwasan pinggir bandar ini dimana kenduri kendara yang dulu dijalankan secara gotong-royong telah turut sama hilang dikalangan penduduk.hal ini disebabkan penduduk muda kampung pinggir bandar ini telah berhijrah ke kawasan bandar dan secara tidak langsung hilang identiti dan imej kampung2 ini.

    ReplyDelete
  11. Pembangunan yang tersebar ke kawasan pinggir bandar menyebabkan perpindahan penduduknya ke kawasan lain. Namun begitu, kerajaan juga ada kalanya memberikan pampasan kepada penduduk kampung sekiranya kawasan tersebut termasuk di dalam kawasan pembangunan yang ingin dibangunkan. Keputusan yang dibuat oleh penduduk ada kalanya dalam keterpaksaan kerana memikirkan kesan yang akan berlaku pada masa hadapan,akhirnya mereka juga terpaksa berpindah ke kawasan petempatan baru yang telah dikhaskan untuk mereka tinggal.

    ReplyDelete