Thursday, August 5, 2010

Urban Sprawl

Fenomena Rebakan Bandar merupakan salah satu daripada beberapa isu yang terdapat dalam aspek perancangan dan pembangunan bandar. Seperti yag kita sedia maklum, walaupun aspek perancangan di ambil berat, masalah rebakan bandar tidak terkawal ini tetap berlaku. 

Antara usaha yang telah diperkenalkan bagi mengurangkan masalah rebakan bandar adalah smart growth. smart growth akan dikupas dalam entry akan datang.




Rebakan Bandar juga merujuk kepada perancangan yang tidak teratur yang memusnahkan kawasan hijau disekeliling bandar. Selain itu, pertumbuhan populasi juga merupakan sebab yang memungkinkan fenomena rebakan bandar ini berlaku. 

9 comments:

  1. Faeiruz, komen yang ringkas and quite Ok, this tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilk seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya perebakan bandar sekarang masih lagi terkawal dari segi kawasan hijaunya.

    ReplyDelete
  3. sememangnya perebakan bandar merupakan salah satu maslah perancangan pada masa kini. Namun ianya masih dianggap remeh oleh segelintir pemaju,yang menjadi mangsa adalah kwsn pinggir bndar yang terkena impaknya.

    ReplyDelete
  4. Pertambahan populasi penduduk merupakan satu faktor yang menyumbang kepada rebakan bandar. Masalah rebakan bandar yang sering dikatakan disebabkan oleh tiada perancangan yang mengikut standard sebenar yang dapat meyeimbangkan pembangunan. Hal ini berkaitan dengan segelintir pemaju yang tidak mengambil berat berkaitan kepentingan semua pihak disamping menjalankan pembangunan tanpa perancangan yang betul.

    ReplyDelete
  5. klu semua kawasan ingin dibangunkan dengan membuat bangunan yang tersergam indah seperti pencakar langit yang turut menjejaskan identiti pinggir bandar sendiri maka tidak mustahil kawasan hijau berhampiran juga turut dtermusnah sama.sedikit sebanyak keadaan ini menyebabkan alam sekitar tidak dapat dipelihara dan ingatlah perancangan yang baik mengambilkira hubungan dengan manusia,alam sekitar dan tuhan..

    ReplyDelete
  6. Selain atasi rebakan bandar dengan cara smart growth,cara lain juga bule diadakan dengan mewujudkan bandar lestari.Bandar lestari merupakan satu gagasan untuk meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan datang.Ia juga menitikberatkan kepada rekabentuk bangunan dan prasarana mesra
    alam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna.

    ReplyDelete
  7. salam, btul kata kwn2 ku ni..rebakan bandar bg diba seolah2 tidak dapat diatasi..permintaan terhadap pmbngunan kadang kada mghalang kita darimngikuti segala aspek2 prundangan dan dasar2 yg dpertahankn sblm ni.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan saudara Apai,pada saya semua aspek perlu dititikberatkan sekiranya mahu melakukan sesuatu perancangan pembangunan.Jangan terlalu memikirkan skop perancangan yang kecil tanpa memikirkan impak kepada semua yang terlibat.

    ReplyDelete
  9. usaha mengamalkan konsep smart growth adalah salah satu pendekatan terbaik yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah rebakan bandar ini. diharapkan perancang dapat menggunakan konsep ini di malaysia secara lebih meluas supaya kemajuan yang dikecapi dapat dikongsi secara bersama.

    ReplyDelete